20 April 2014

Aneka Resepi Cornflakes

 Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua..

Mungkin sekarang ni masing-masing sibuk menyediakan menu tengahari ataupun sudah siap sedia untuk keluar makan tengahari. Hari ini nak share resepi cornflakes yang iera buat tempoh hari. Ini semua gara-gara mak affaf bawa datang tiga bungkus cornflakes dan minta tolong buat cornflakes madu. Tiga bungkus banyak weh.... tapi iera ni lemah sikit bab orang minta tolong. Lebih-lebih lagi kalau mak affaf minta tolong sebab apa iera pun selalu minta tolong darinya. Apa pun iera takkan menghampakannya cuma tak janji bila boleh siap. Ini adalah antara resepi yang sentiasa iera buat setiap kali tiba musim perayaan. Rasanya tahun ni tak mahu buat resepi cornflakes lagi dah sebab anal-anak cakap asyik buat cornflakes jer. Pada hal dia orang tak tahu umminya hanya nak buat benda senang jer..huhuhu



CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS
Sumber : Hanieliza's Cooking

Bahan A
150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips - tak letak
100 gm badam cincang panggang
Hiasan paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
(resipi asal dr LG..thnx ye)
sumber: inahar's cooking time

Bahan2:
·                     220gm Cornflakes
·                     125gm Choc Chips
·                     150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
·                     3 Biji Putih Telur
·                     1-2 Sth Vanilla Esen
·                     60gm Almond Sliced
·                      
Cara-cara:
1.            Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
2.            Masukkan gula sikit2 hingga habis
3.            Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
4.            Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
5.            Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)


Cornflake Madu Pedas Rangup
 Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

 bahan-bahan :
 1 bungkus cornflake
 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
     - iera ganti dengan badam panggang
 6 biji bawang merah (ditumbuk)
 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar
 madu secukupnya
 sedikit garam 100 g mentega +/-

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.

Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.

Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.

 Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!


Photobucket

17 April 2014

Cekodok Pisang Coklat Chip

 Assalamualaikum...

Menu yang agak simple pagi ni. Bolehlah untuk anak-anak breakfast sebelum pergi sekolah. Masih menggunakan resepi kat SINI. Cuma kali ni iera tambah coklat chip jer.



 BAHAN-BAHANNYA :-) 
8 biji pisang emas 
3/4 camca teh soda bicarbonat
 1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
 1 cawan tepung gandum 
 1/4 camca teh garam halus 
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-) 

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Photobucket

16 April 2014

Jalan-Jalan Cari Makan- Restoran Sunan Drajat

 Salam Petang buat semua...

Sejak akhir-akhir ni kita orang dah jarang jalan-jalan cari makan, tidak seperti dulu lagi. Sekarang ni masa cukup terhad sebab anak-anak asyik ada aktiviti jer hari minggu kat sekolah. Nak pergi mana-mana pun dah susah sekarang ni. Siapa pernah dengar Nasi Bakar??? kalau sesiapa pernah menonton JJCM satu masa dulu, mesti tahukan. Iera pun dapat tahu masa menonton JJCM. Waktu tu nampak sedap jer pengacara tu makan. Memang tergoda iera dibuatnya. Dah beberapa kali ajak HB gi cuba tapi asyik tertangguh jer. Lagipun restorannya tak delah jauh sangat, kalau jauh memang tak berpeluang nak pergi.


Set Nasi Bakar Ayam Bakar

Akhirnya berpeluang juga merasainya apa benda nasi bakar tu. Waktu tu iera pergi berdua jer sebab anak-anak tak de kat rumah. Tamak betul waktu tu order dua set, kesudahannya tak habis sebab banyak sangat. Lain kali satu set pun dah cukup.Bagi iera, takdelah keistimewaan sangat nasi, macam biasa jer. 

Bila dah buka bungkusan, inilah rupa nasi tu...

Walaupun dah kekenyangan, iera tetap nak try desert ni yang dia orang cakap sedap iaitu Pisang Bakar. Memang sedap dan kejap jer licin. Nasib baik order lepas makan, kalau order sebelum makan memang tak cukup satu ni.

Jus Alpokat / Avocado - sedap sangat!


Kalau ada sesiapa nak cuba , ini alamatnya ye....

Photobucket

Donut Lembut Yang Sedap!

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Cuaca pagi ni sejuk jer, terasa malasnya nak gi kerja. Boleh dikatakan setiap petang kat sini hujan je sampai ke malam. Apa pun Alhamdulillah.... moga-moga catuan air di sekitar Lembah Klang akan berakhir. Kesian pulak kepada kawasan yang terlibat. Walaupun kawasan iera terlibat juga namun setakat ni, air masih belum terputus lagi. 

Pagi ni anak-anak breakfast dengan donut yang iera buat minggu lalu. Buat banyak-banyak dan boleh buat frozen. Resepi yang teramat mudah iera jumpa setakat ini kerana dohnya tak perlu perap. Sejak BM iera rosak, memang dah lama tak buat resepi2 yang memerlukan uli-uli ni. Nak uli dengan tangan memang tak de kudrat yang kuat, lebih-lebih lagi takut tak menjadi. Tunggulah bila budget dah mencukupi teringin nak beli mixer yang besar. Sekarang ni guna mixer kecil tu jer, lenguh tangan nak pegang lama-lama.



Gebu kan!!! Resepi ni iera skodeng dari dapur Kak Yatie. Iera memang suka singgah kat dapurnya sebab berbagai resepi yang dikongsinya. Resepi ni pun dah banyak kali Kak Yatie buat. Terima kasih kerana kongsi resepi yang sedap ni.... 

Donut Lembut

Resepi : Hasue
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) ) 
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^




 Rupa yang tak berapa nak comel!!!

Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™